Bukan Berita Online Biasa

8 IPT Terima Perakuan Status Swaakreditasi MQA

8 IPT Terima Perakuan Status Swaakreditasi MQA

in Terkini

PUTRAJAYA – Lapan lagi universiti awam (UA) dan swasta tempatan mendapat Perakuan Status Swaakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang membolehkan mereka mengakreditasi sendiri program pengajian di universiti masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata universiti berkenaan adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), International Medical University (IMU), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).

“Akreditasi ini dilakukan menerusi sistem kualiti dalaman berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta standard dan ketetapan MQA serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa.

“Ini termasuk akreditasi ke atas sejumlah 1,050 program yang ketika ini dipantau secara langsung oleh MQA,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPT di sini, hari ini.

Idris berkata, MQA turut mengekalkan Perakuan Status Swaakreditasi ke atas empat UA dan empat kampus cawangan universiti luar negara yang diberikan sebelum ini.

Katanya, MQA menyasarkan lebih 10 universiti lain akan menerima perakuan berkenaan tahun depan jika berjaya menepati kriteria yang ditetapkan. – Berita Harian

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top