Bukan Berita Online Biasa

8 Terbunuh, 30 Hilang Bot Terbalik Di India

in Terkini

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan kira-kira 30 yang lain masih hilang selepas sebuah bot sarat dengan penumpang terbalik di utara India pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian berlaku di Sungai Yamuna di daerah Baghpat di pinggir bandar New Delhi.

“Lapan mayat ditemui setakat ini. Seramai 12 orang lagi berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital,” kata seorang pegawai polis di pejabat penguasa polis Bagpat kepada Xinhua.

Bot malang itu dikatakan membawa kira-kira 60 penumpang.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat 30 lagi mangsa masih diteruskan dan angka korban dikhuatiri meningkat.

Ketua Menteri Uttar Pradesh mengumumkan pampasan sebanyak AS$3,121 diberikan kepada setiap keluarga yang kehilangan anggota keluarga.

Pada April tahun ini, 13 orang lemas selepas bot dinaiki terbalik di Andhra Pradesh, selatan India. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top