Bukan Berita Online Biasa

Anak Syarikat Pos Malaysia Beli 2 Kapal Pengangkut

Anak Syarikat Pos Malaysia Beli 2 Kapal Pengangkut

in Terkini

KUALA LUMPUR – PNSL Bhd memeterai dua memorandum persefahaman untuk membeli dua buah kapal pengangkut pukal terpakai dengan jumlah nilai sebanyak AS$32.9 juta.

Ia melibatkan kapal pengangkut pukal terpakain Kamsarmax dikenali sebagai Golden Trader 1, dan Post-Panamax terpakai, Trans Nanjing.

PNSL merupakan anak syarikat milik penuh Pos Logistics Bhd, yang juga anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pos Malaysia berkata PNSL diberi dua kontrak untuk tempoh 10 tahun oleh TNB Fuel Services Sdn Bhd pada 19 Julai, 2016 untuk mengangkut arang batu dari pelbagai negara ke pelabuhan di Malaysia.

“Nilai kontrak ini secara kumulatif berjumlah US$194 juta untuk keseluruhan tempoh 10 tahun. PNSL pada masa ini menggunakan kapal yang disewa untuk mengangkut arang batu sebelum pembelian dua kapal terpakai ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top