Bukan Berita Online Biasa

Dadah: Suami Isteri Ditahan Di R&R Gurun

Dadah: Suami Isteri Ditahan Di R&R Gurun

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri ditahan bersama dadah heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM50,000 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Supt Helmi Aris berkata, suspek lelaki berusia 29, yang bekerja sebagai buruh, dan isterinya berusia 38 tahun itu ditahan ketika sepasukan anggotanya membuat operasi di R&R tersebut kira-kira 4.20 petang.

“Kedua-dua suspek baru keluar daripada kereta Proton Iswara mereka di tepi jalan kawasan parkir lori di hentian R&R tersebut.

“Semasa pemeriksaan kenderaan, polis menjumpai satu beg plastik mengandungi lima bungkusan plastik lutsinar disyaki ketulan dadah yang dibungkus dengan surat khabar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, bekalan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan Gurun dan Sungai Petani.

Katanya, pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top