Bukan Berita Online Biasa

Fedex Express Perkenal Boeing 767-300

in Terkini

KUALA LUMPUR – FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp dan syarikat pengangkutan ekspres terbesar dunia, memperkenalkan pesawat pengangkut Boeing 767-300 kepada kumpulan pesawatnya di Malaysia.

Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia Ramesh Kumar Singam berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi memodenkan kumpulan pesawat global yang termasuk membeli 50 pesawat pengangkut tambahan B767-300 yang diumumkan pada Julai 2015.

“Pengenalan pesawat pengangkut B767-300, merupakan satu lagi langkah positif dalam strategi pemodenan untuk menambah pesawat yang lebih cekap kepada kumpulan pesawat kami di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesawat pengangkut B767-300, cekap bahan api lebih 30 peratus dan mempunyai kos pengendalian 20 peratus lebih rendah berbanding pesawat sebelumnya,” kata Ramesh Kumar.

“Kecekapan operasi pesawat itu membolehkan kami terus meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah,” katanya.

Ramesh Kumar berkata syarikat turut mendapat kecekapan tambahan melalui keupayaannya untuk berkongsi peralatan dan simulasi penerbangan antara pesawat pengangkut B767 dan B757 yang terdapat dalam kumpulan pesawat.

Kini, FedEx Express mengendalikan pesawat pengangkut B767 dan B757 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebagai sebahagian daripada rangkaian FedEx Express yang meliputi lebih 220 buah negara dan wilayah. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top