Bukan Berita Online Biasa

CYDGQbBUQAAZol4

Kesemua 158 Penumpang Dan Kru Feri Karam Selamat

in Terkini

SEMPORNA – Sebanyak 158 penumpang dan kru feri ‘MB Juhairi’ berjaya diselamatkan apabila feri berkenaan karam selepas terlanggar sebuah tongkang di kawasan satu kilometer dari pesisir pantai Semporna, malam tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Fazizul Hizham Borhan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.56 malam ini.

Beliau berkata feri milik swasta yang dalam perjalanan dari Bungao, Tawi-Tawi, Filipina ke Semporna, Sabah, itu dilaporkan karam di bahagian belakang.


Seramai 17 penumpang feri terdiri dari 12 warga Filipina dan lima rakyat Malaysia cedera ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi.

Fazizul Hizham berkata bomba dan agensi keselamatan lain termasuk polis marin, masih membuat rondaan di sekitar kawasan insiden itu bagi memastikan keadaan benar-benar selamat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P7tCAIex8G0[/wpdevart_youtube]

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top