Bukan Berita Online Biasa

Menara Felda

FGV Lantik 2 Pengarah Bukan Bebas Eksekutif

in Terkini

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) melantik Datuk Abu Bakar Harun dan Ab Ghani Mohd Ali sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut melantik Datuk Muzzammil Mohd Nor sebagai Pengarah Gantian Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Menurutnya, Abu Bakar, 56, sebelum ini menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri Pahang manakala Ab Ghani, 59, merupakan Pemangku Pengarah Besar Felda.

Muzzammil, 45, pula berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top