Bukan Berita Online Biasa

Pembangunan Hartanah: KTMB Jalain Kerjasama Dengan Jepun

Hartanah: KTMB Jalin Kerjasama Dengan Jepun

in Terkini

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat kereta api Jepun, Seibu Railway Co Ltd (Seibu Railway) dalam menerokai bidang pembangunan hartanah selain meningkatkan pengurusan operasinya.

Pengurus Besar Perolehan KTMB Mohd Hider Yusoff berkata kerjasama itu adalah usaha KTMB dalam menjayakan rancangan Pembangunan Berasaskan Transit bagi tiga lokasi iaitu Bangi, Shah Alam dan Klang di Selangor mulai tahun ini.

“Kami nak bangunkan kawasan yang berdekatan dengan stesen KTM untuk menjana hasil melalui hartanah yang berkaitan dengan transit…caranya melalui usaha sama dengan syarikat pembinaan.

“Seibu Railway adalah satu daripada rujukan kami yang kami boleh bertukar

pendapat, pengetahuan, serta kemahiran berkaitan pembangunan hartanah,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KTMB dengan Seibu Railway di sini hari ini.

KTMB diwakili Mohd Hider manakala Seibu Railway diwakili Presidennya Wakabayashi Hisashi.

Katanya projek yang mengambil masa kira-kira lima tahun itu sedang dalam peringkat perbincangan dan penilaian akhir.

Mohd Hider berkata kerjasama itu juga dapat menggalakkan sektor pelancongan kedua-dua negara melalui ruang iklan di stesen kereta api di kedua-dua organisasi. – BERNAMA

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top