Bukan Berita Online Biasa

Jabatan Kesihatan Kedah Keluarkan 67 Notis Kepada Perokok

in Terkini
Spread the love

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan 67 notis kepada perokok dan premis dalam operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata notis itu dikeluarkan kepada 63 perokok mengikut Peraturan 11(1)(v) Larangan Merokok Di Kawasan Awam.

“Tiga notis lagi dikeluarkan kepada premis mengikut Peraturan 12 (1) (a) kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok manakala satu notis lagi mengikut Peraturan 13(1) terhadap orang belum dewasa yang merokok,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Dr Norhizan berkata operasi itu bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pukul 5 petang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]N9Bc2R2Jroc[/wpdevart_youtube]

Loading...

Spread the love
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top