Bukan Berita Online Biasa

Jurutera Lemas Kenderaan Terbabas Ke Dalam Sungai

Jurutera Lemas Kenderaan Terbabas Ke Dalam Sungai

in Terkini

KUANTAN – Seorang jurutera mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Taman Makmur dekat sini, semalam.

Dalam kejadian3 petang itu, Soo Kim Choy, 49, yang berasal dari Taman Thivy Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Mohamad Noor Yusof Ali berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Sri Jaya, Maran dari arah Kuantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit dan selekoh lalu terbabas ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, mangsa lemas dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa keluar oleh pekerja ladang dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Mohamad Noor berkata sampel darah serta air kencing mangsa diambil untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top