Bukan Berita Online Biasa

Kebakaran Tangki Peluwap Di Loji Penapisan Petronas

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengesahkan sebuah tangki peluwap di loji penapisan Kerteh yang dikendalikan PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd, terbakar kira-kira pukul 8 malam tadi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pasukan Respons Kecemasan kilang penapisan itu bertindak serta merta dan api dapat dipadamkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh kira-kira pukul 10 malam.

Ia berkata, tiada kakitangan dilaporkan cedera dalam kebakaran itu dan masyarakat sekeliling tidak terjejas oleh kejadian itu.

“PETRONAS Penapisan Terengganu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca kebakaran,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top