Kereta Klasik Hampir 1 Dekad Tarik Perhatian Ramai

in Gaya Hidup/Terkini

LANGKAWI – Sebuah kereta Rolls Royce Phantom 1 keluaran tahun 1926 adalah antara 50 kereta klasik yang menarik perhatian ramai ketika dipamerkan pada Pameran Kereta Klasik Diraja Langkawi selama dua hari di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

Kereta itu dilapor bernilai lebih daripada RM1 juta.

Pameran itu dirasmikan Tunku Temenggung Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim Shah anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan MY Classic Sdn Bhd, sebuah pengaturcaraan kereta klasik dan syarikat jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin dalam ucapannya berkata aktiviti adalah antara acara bagi merayakan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.

“Ini pertama kali kami menganjur acara ini yang kami rancang untuk masukkan sebagai antara aktiviti pelancongan tahunan kami,” katanya.

Beliau berkata hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM28,000 menunggu pemenang lima kategori pertandingan kereta klasik semasa pameran itu. – BERNAMA

Loading...