Bukan Berita Online Biasa

Kerian Perlu MRSM & Sekolah Berasrama Penuh

in Terkini

PARIT BUNTAR – Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah sekolah berasrama penuh perlu diwujudkan di daerah Kerian dalam usaha memastikan kecemerlangan pendidikan di kawasan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat berkata ketika ini pelajar cemerlang dari daerah itu terpaksa keluar dari kawasan berkenaan bagi melanjutkan pelajaran mereka.

“Dengan adanya kedua-dua sekolah berkenaan akan memberi peluang kepada murid di sini melanjutkan pelajaran dengan lebih baik setanding dengan sekolah di daerah lain,” katanya dalam sidang media di Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Abd Wahid Ramli berkata kecemerlangan daerah Kerian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 terbukti apabila mencapai Gred Purata Daerah (GDP) 4.91 mengatasi Gred Purata Negeri 5.17 dan Gred Purata Nasional 5.10.

Katanya seramai 41 pelajar daripada 2,881 calon di Kerian memperoleh semua A dalam peperiksaan SPM 2016. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top