Bukan Berita Online Biasa

Mahkamah

Kes Bunuh: Tempoh Reman Peniaga Pasar Dilanjutkan

in Jenayah/Terkini

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman seorang peniaga pasar bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal, Isnin lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret N.Mageswari mengeluarkan perintah lanjutan reman tujuh hari bermula esok ke atas suspek lelaki yang berumur 34 tahun itu selepas tempoh reman tujuh hari sejak Selasa lepas berakhir hari ini.

Lelaki itu yang merupakan peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat ditahan di sini kira-kira 12 tengah hari, pada 13 Mac lepas.

Dia ditahan pada hari sama seorang wanita berusia 53 tahun ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh di bilik tidur tingkat atas kediamannya, di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini.

Hasil siasatan menemukan kesan pecah di bahagian pintu rumah dan pintu bilik tidur mangsa selain kesan terbakar pada langsir serta kerusi dalam bilik tidur ibu tunggal itu. – BERNAMA

Loading...

Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top