Bukan Berita Online Biasa

Kes Kaya Luar Biasa: Adam Mengaku Tidak Bersalah

Kes Kaya Luar Biasa: Adam Mengaku Tidak Bersalah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan dihadapkan ke sebuah Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.

Ini termasuk memberi pernyataan palsu dan menggemukakan beberapa dokumen palsu kepada pihak penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika memberi keterangan sekitar Februari lalu.

Ahli perniagaan muda yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin itu membuat pengakuan tersebut selepas selesai pertuduhaan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Dia menghadapi dua pertuduhan iaitu memberi pernyataan palsu mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, empat pertuduhan lain iaitu mengemukakan dokumen palsu dikemukakan mengikut Seksyen 89 akta sama yang kedua-duanya boleh memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta.

Adam Rosly juga boleh berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu dia tiba di kompleks mahkamah pukul 9.05 pagi diiringi sepasukan pegawai SPRM.

Kesemua kesalahan korupsi tersebut didakwa dilakukan pemimpin itu di Ibu pejabat SPRM di Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Putrajaya antara 10 Februari dan 22 Februari lalu.

Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memaklumkan turut menyita rumah kontroversi Adam Rosly bernilai RM1.2 juta yang digelar penduduk sekitarnya sebagai banglo Disneyland.

Khamis minggu lepas, SPRM menahan pemimpin terbabit bagi membantu siasatan susulan laporan beberapa badan bukan kerajaan yang mendakwa dia memiliki kekayaan luar biasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top