Bukan Berita Online Biasa

Kesederhanaan Kekal Keharmonian Dan Perpaduan Kaum

in Terkini

MELAKA – Sikap kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata ini kerana kesederhanaan dapat membendung sikap ekstremis dan keganasan yang merupakan ancaman utama keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Justeru, katanya semua pemimpin di negara ini sama ada parti politik atau pemimpin masyarakat, harus menunjukkan sikap kesederhanaan dan mengambil kira keperluan semua kumpulan masyarakat bagi mengekalkan keharmonian negara.

“Ini kerana, jika ia (ekstremis) berlaku ia akan menjadi satu ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan negara, jadi kita perlu jaga ia supaya tidak menjadi lebih teruk lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali di Jalan Nyiru, di sini malam tadi.

Subramaniam berkata rakyat di negara ini juga perlu mempunyai semangat hormat-menghormati dan tolak ansur yang tinggi untuk menjayakan pembangunan negara dan mewujudkan kestabilan politik serta ekonomi. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top