Bukan Berita Online Biasa

Kerajaan Usaha Wujud Lembaga Penilai Harta Intelek

KPDNKK, SKMM Kekang Tular Berita Palsu Harga Minyak

in Terkini

LARUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengekang penyebaran berita palsu mengenai harga minyak.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu bagi membolehkan mereka terbabit diambil tindakan kerana penyebaran berita palsu yang mengelirukan rakyat.

“Saya minta rakyat jangan dengar spekulasi palsu yang bukan-bukan mengenai harga minyak kerana itu semua tidak benar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program lawatan dan menyampaikan sumbangan mesin hemodialisis serta mesin sistem air osmosis berjumlah RM157,000 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Hospital Selama di sini hari ini.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut berkata KPDNKK hanya memberikan maklumat kepada Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) mengenai harga minyak pada setiap Rabu untuk disalurkan kepada media lain.

Pada majlis itu, Hamzah turut menyerahkan zakat korporat SSM berjumlah RM200,000 kepada 1,000 orang golongan asnaf. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top