Bukan Berita Online Biasa

2,000 Klinik Desa Dinaik Taraf Jadi Klinik Kesihatan

Lebih 31,000 Pesakit Menunggu Organ Buah Pinggang

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pesakit buah pinggang merupakan penunggu organ paling tinggi di negara ini, iaitu seramai 31,084 orang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata yang lain ialah tujuh pesakit hati, lima pesakit jantung dan empat pesakit paru-paru yang menunggu untuk mendapatkan organ masing-masing.

Katanya sebanyak 381,353 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ sehingga 31 Jan lepas.

Namun jumlah itu adalah rendah kerana ia hanya merupakan satu peratus berbanding jumlah rakyat pada masa ini.

“Peratusan ini masih kecil berbanding negara-negara maju yang mana jumlah pengikrar organ di sana mencecah 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah penduduk mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan hari ini.

Oleh itu, katanya, negara masih memerlukan lebih ramai orang untuk berikrar sebagai penderma organ. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top