Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Dakwa Bawa Bom Berhampiran Rumah Putih Ditahan

Lelaki Cuba Ancam Bom Rumah Putih Ditahan

in Jenayah/Terkini

WASHINGTON – Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) bertindak mengukuhkan kawalan keselamatan Rumah Putih selepas penahanan seorang lelaki yang membuat ancaman bom di satu pos pemeriksaan.

CNN melaporkan, lelaki itu mendakwa memiliki bom dalam keretanya dan ditahan serta merta manakala keretanya dirampas. Presiden Donald Trump berada di Florida ketika kejadian.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS berkata, lelaki itu memandu menghala pos pemeriksaan di 15th Street dan E Street NW kira-kira jam 11.05 malam waktu tempatan (11.05 pagi waktu Malaysia).

“Lelaki itu ditahan pegawai berpakaian seragam Perkhidmatan Rahsia AS dan mengisytiharkan kenderaan dipandu lelaki itu sebagai mencurigakan.

“Selaras dengan protokol, pegawai Perkhidmatan Rahsia AS meningkatkan tahap siap siaga masing-masing,” kata jurucakap itu.

Hanya beberapa jam sebelum itu, seorang lelaki lain ditahan selepas melompat dari tempat letak basikal dalam cubaan menghampiri pagar Rumah Putih.

“Lelaki terbabit ditahan dan bakal didakwa atas kesalahan jenayah,” menurut kenyataan agensi itu tanpa memberikan butiran identiti suspek.

Seorang pegawai Perkhidmatan Rahsia yang enggan dikenali berkata, lelaki itu didapati tidak memiliki sebarang senjata. – AFP

Loading...
Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top