Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Maut Kereta Rempuh Penghadang Di LPT

Lelaki Maut Kereta Rempuh Penghadang Di LPT

in Terkini

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu adiknya terbabas dan melanggar penghadang jalan di KM 238 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, mangsa Shahrul Nazri Mohamed, 40, yang berasal dari Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan juga mengakibatkan ibu bapa mangsa, Mohamed Ab Rahman, 69, Rubiah Abdullah (umur belum diketahui) dan adik mangsa Shahirah, 23, yang memandu kereta cedera, katanya.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Shah Alam, Selangor dari Kota Bharu, Kelantan apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan. Kemalangan mengakibatkan semua mangsa tersepit di dalam kereta jenis Nissan Slyphy,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor menambah mayat Shahrul Nazri dan semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati pemandu kereta itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top