Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Bangunan

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Bas Di Jalan UMS

in Terkini

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bas yang dinaiki skuad Liga Super Sarawak di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Taufik Sulaiman, 24, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada 7.40 malam itu.

“Mangsa yang berasal dari Menggatal dalam perjalanan dari Indah Permai menuju ke UMS.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah merempuh bahagian belakang bas berkenaan yang ketika itu sedang membuat pusingan U,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Likas. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top