Bukan Berita Online Biasa

Malindo Air Terima Sijil Keanggotaan IATA

Malindo Air Terima Sijil Keanggotaan IATA

in Terkini

KUALA LUMPUR – Malindo Air telah menerima sijil keanggotaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Sebelum itu, Malindo Air telah diperakui oleh Audit Keselamatan Operasi IATA, yang merupakan sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang direka bagi menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air akan mewujudkan nilai-nilai yang lebih baik dan membuat lebih banyak pencapaian dengan menjadi anggota IATA.

“Kami mahu terus meletakkan diri kami setanding dengan standard penerbangan antarabangsa dan kami berharap untuk maju bersama-sama dengan rakan-rakan industri kami,” katanya.

Dengan keanggotaan terbaharu ini, IATA sekarang mempunyai sebanyak 274 anggota dari 117 negara. – BERNAMA

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top