Bukan Berita Online Biasa

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Malam Ini

in Terkini

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 8 malam ini meningkat kepada 84 orang berbanding 77 orang petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Kota Setar itu, membabitkan 21 keluarga.

Tiga puluh enam mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Syakirin, Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar pula menempatkan 41 mangsa daripada 10 keluarga dan 17 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.

Jumlah itu meningkat berikutan hujan kira-kira 5 petang tadi. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top