Bukan Berita Online Biasa

Mayat Muhammad Ikhwan Yang Lemas Ditemukan

Mayat Muhammad Ikhwan Yang Lemas Ditemukan

in Terkini

HULU SELANGOR – Mayat Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, yang dihanyutkan air deras di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini ditemukan kira-kira 10.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata mayat Muhammad Ikhwan ditemui di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi mencari dan menyelamat.

Katanya identiti mangsa disahkan oleh keluarganya menerusi pengecaman pakaian dan tanda fizikal yang terdapat pada tubuh Muhammad Ikhwan.

“Proses bedah siasat mangsa masih lagi dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, masih lagi diteruskan.

Operasi hari ketiga itu disertai oleh 115 anggota dan pegawai termasuk orang awam dengan menggunakan lima aset bot Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang pada Jumaat lepas, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai tersebut.

Seorang daripada mereka selamat manakala enam lagi ditemukan lemas.

Selain Muhammad Ikhwan, lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top