Bukan Berita Online Biasa

Mihas Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Mihas Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR) berikutan menjadi pameran perdagangan halal terbesar di negara ini.

Pameran itu merupakan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Mihas Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Dalam kenyataan di sini hari ini, Matrade berkata Mihas 2017 menyaksikan penyertaan seramai lebih 580 peserta pameran dari 33 negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri halal.

Negara yang mengambil bahagian termasuklah Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Belanda, Brazil, Afrika Selatan, China, Jepun dan Taiwan. Negara-negara anggota ASEAN turut menyertainya.

Austria dan Finland turut menyertai Mihas 2017 buat kali pertama dari 5-8 April.

MBR merupakan lima badan akreditasi utama di dunia dan mengiktiraf pemegang rekod, pemecah rekod dan mereka yang mencipta rekod di Malaysia. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top