Bukan Berita Online Biasa

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan

in Terkini

“MINYAK kelapa sawit adalah anugerah alam buat Malaysia dan ia merupakan anugerah Malaysia kepada dunia.”

Tiada siapa mampu menyangka, inisiatif Henry Fouconnier pada 1917 dengan menanam benih kelapa sawit di Tennamaram Estate, Batang Berjuntai kini menjadi sebuah pelaburan menguntungkan buat pemain industri kelapa sawit di Malaysia.

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan
Henry Fouconnier

Berkat 5 juta hektar tanaman kelapa sawit yang tumbuh subur dibumi Malaysia ini, kini minyak kelapa sawit menyumbangkan 6% kepada pendapatan dalam negara kasar (KDNK).

Hal ini menjadikan Malaysia sebagai pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia.

Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Malaysia menyumbang sebanyak 29% dalam penghasilan minyak kelapa sawit dunia dengan 37% eksport antarabangsa.

Namun apakah rahsia disebalik kejayaan survival industri sawit ini untuk terus berdiri teguh di Malaysia?

Pada 1956, sawit diangkat sebagai pertanian alternatif selain getah dan rancangan untuk memberi tumpuan kepada sawit dimasukkan dalam Rancangan Malaya Pertama.

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan

Dalam tahun 1961 penanaman besar-besaran oleh FELDA yang diperkenalkan kepada penduduk di FELDA Taib Andak. Trend penanam oleh Felda ini beterusan sehingga tahun 1990 yang mana memberi peluang hampir 80 peratus penduduk luar bandar yang bergantung kepada hasil sawit.

Setahun kemudian dalam 1962, penubuhan konsortium Makmal Genetik Minyak Kelapa Sawit. Penubuhan ini melibatkan pemain industri seperti Guthrie, Unilever, Dunlop’s dan Harrisons & Crosfield untuk datang ke Malaysia menjalankan kajian bersama dalam bidang pertumbuhan dan pembangunan genetik bagi meningkatkan kualiti pengeluaran hasil minyak sawit.

Dengan tertubuhnya PORIM atau Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia pada 1979, kajian yang intensif lebih banyak dijalankan bagi menjaga mutu dan kualiti minyak kelapa sawit. Selain itu, PORIM juga antara badan yang mempertahankan maruah minyak sawit dengan menentang pelbagai bentuk kempen seperti kempen anti minyak tropikal yang berlaku pada 1989.

Dalam tahun 1981, Malaysia mengepalai sektor oleokimia dunia yang dibantu oleh bekalan yang konsisten dan harga yang kompetitif bagi minyak kelapa sawit dan minyak isirung sawit.

Pekembangan teknologi membenarkan kelapa sawit terus stabil di Malaysia.

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan

Dasar BioFuel Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2005, membantu lagi pengkomersilan biofuel berasaskan minyak kelapa sawit seperti biodiesel. Impaknya, industri berkembang pesat dan setahun kemudian tapak komersil biodiesel pertama dibangunkan di Pasir Gudang, Johor.

Menyedari keuntungan yang memberansangkan, pada tahun 2010, sektor kelapa sawit dijadikan sebagai National Key Economic Area (NKEA) yang memfokuskan pembangunan dan transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih relevan.

Hasil inisiatif kerajaan ini boleh dilihat selepas 7 tahun, dalam tahun 2016, Malaysia memasarkan minyak sawit ke 200 buah negara dengan jumlah eksport tahunan sebanyak RM67.6 bilion.

Genap 100 tahun, 453 kilang beroperasi, 52 kilang penapis, 45 kilang isirung, 20 kilang olekimia, dan 17 kilang biodiesel dibangunkan bagi memastikan industri ini kekal mapan dan kompetitif.

100 tahun kelapa sawit tumbuh mekar dibumi Malaysia, hasilnya memberikan bumi ini sebuah anugerah yang sangat menguntungkan.

Apakah industri kelapa sawit mampu terus relevan dalam menjadi sumber ekonomi kita untuk seratus tahun yang akan datang?

#laskarmalaya

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top