Bukan Berita Online Biasa

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nazri Usul Gantung Keanggotaan Muhyiddin

in Terkini

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau akan mengusulkan supaya keanggotaan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti esok.

Beliau berpendapat prestasi UMNO di Johor tidak akan terjejas sekiranya Muhyiddin digantung daripada parti kerana Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu bukannya mewakili suara majoriti UMNO Johor.

“Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor? Ketua Badan Perhubungan UMNO Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya pada pemberita di Istana Budaya di sini Khamis.

Mohamed Nazri ditanya mengenai bakal akibat di Johor sekiranya tindakan diambil ke atas Muhyiddin berikutan kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau akan kemukakan aduan mengenai tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keanggotaannya digantung. – BERNAMA


[wpdevart_youtube]IdnurOO02aQ[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]jci_RJ9oLG8[/wpdevart_youtube]

 

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top