KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 73, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, jam 1.20 tengah hari tadi. - Foto NSTP

Netizen Rakam Penghargaan Kepada Adenan Satem

in Terkini

KUALA LUMPUR – Warga internet merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih mereka kepada Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Mereka amat menyanjung tinggi sumbangan Adenan untuk Sarawak dan menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar bagi negeri itu.

Mereka juga mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Adenan.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir pada 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak Heart di Kota Samarahan, Kuching, hari ini.

Pemegang akaun Twitter saroki [email protected] berharap para pemimpin Sarawak akan meneruskan impian serta keazaman Adenan untuk membina negeri Sarawak yang lebih sejahtera.

“Saya berharap pemimpin ” #Sarawak menunaikan #harapan & impian adenansatem untuk memajukan lagi Sarawak & #Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua rakyat
Malaysia & bukan untuk kemegahan peribadi,” tulis Saroki.

Fadzlly Idham pula berkata beliau menghargai sumbangan Adenan kepada rakyat Sarawak.

Dalam twit melalui [email protected],Fadzlly menulis: “Al-Fatihah kepada #adenansatem segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan amat kami hargai.”

Shasha Abbas menyifatkan Adenan sebagai pemimpin yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat.

Beliau menulis melalui akaun @shashaabbas: “Ummi kata ada dua jenis manusia di dunia ini: pemberi & penerima. Penerima mungkin makan dengan lebih sedap, tapi pemberi pula tidur dengan lebih sedap #AdenanSatem.”

Pemegang akaun Twitter yang sentiasa aktif, Firdaus Azil pula menulis melalui [email protected] “#laman sesawang rasmi AdenanSatem http://cm.sarawak.gov.my kini dalam H&P. Beliau akan amat dirindui oleh rakyat Malaysia, terutama rakyat S’wak.”

Fre Hii Dii pula menulis melalui [email protected]: “Sarawak menangis. Kita kehilangan Pemimpin Hebat. Bersemadilah dengan tenang Tok Nan #sarawak #adenansatem #gbu.”

Hank Abdullah pula, menulis melalui [email protected]: “Bagi saya, #AdenanSatem adalah pengubah permainan dalam erti kata sebenar-benarnya dalam tempohnya yang singkat itu.”

Tulis lala [email protected]_vv pula: “Tak seorang pun bersedia menghadapi kehilangan anda; ia datang umpama angin kencang. Ucapan takziah saya yang tak terhingga kepada anda dan keluarga anda. #adenansatem.” – BERNAMA

Tags: