Bukan Berita Online Biasa

Obor Sukan SEA 2017 Tiba Di Dewan Merdeka Parit Buntar

in Sukan/Terkini

PARIT BUNTAR – Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017), peringkat negeri Perak, tiba di Dewan Merdeka Parit Buntar kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Larian yang diketuai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria yang diiringi kira-kira 100 pelari, merupakan sebahagian daripada jelajah Larian Obor KL2017 peringkat negeri yang bermula Isnin lepas.

Mahmud kemudiannya menyerahkan obor tersebut kepada Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Larian akan diteruskan esok bermula dari Parit Buntar dan melalui daerah Bagan Serai sebelum diserahkan kepada wakil daerah Larut Matang Selama di Kampung Dew, dekat sini pada pukul 5.20 petang hari yang sama.

Shahrul Zaman berkata larian obor peringkat Perak akan diteruskan di tujuh daerah iaitu di Kerian (esok), Larut Matang Selama (8 Julai), Bagan Datuk dan Batang Padang masing-masing pada 9 Julai, Kuala Kangsar dan Lenggong masing-masing pada 10 Julai, manakala Gerik pada 12 Julai.

“Obor itu akan diarak di setiap daerah dan yang terakhir akan diarak dengan rakit di Tasik Banding (Gerik) pada 12 Julai ini sebelum diserahkan kepada wakil negeri Kelantan di Jeli, pukul 3 petang, pada hari yang sama,” katanya.

Perak merupakan negeri ke-10 melaksanakan Larian Obor KL2017, selepas Pulau Pinang. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top