Bukan Berita Online Biasa

Op Selamat: Lebih 700 Saman Dikeluarkan Di Perak

in Terkini

IPOH – Sejumlah 740 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya pada hari pertama Op Selamat 11 di Perak, semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Wan Jamil Wan Chik.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 593 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju yang dikesan dilakukan di empat kawasan panas iaitu di Kilometer 21 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley; Kilometer 21 Jalan Ipoh-Lumut; Tapah serta laluan Kuala Kangsar-Gerik.

“Selain kesalahan melebihi had laju, kegagalan mematuhi lampu isyarat merah juga tinggi iaitu 27 kes serta kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar iaitu sebanyak 16 saman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua saman itu membabitkan 507 kereta, pacuan empat roda (112), kenderaan pelbagai guna (90), motosikal (13), van (14), kenderaan perdagangan iaitu lori (tiga) dan teksi (satu).- BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top