Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Bangunan

Orang Asli Maut, Rakan Parah Dalam Kemalangan

in Terkini

KUANTAN – Seorang lelaki Orang Asli maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas dan merempuh sebuah kereta di KM24, Jalan Lipis-Benta, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azry Akmar Ayob berkata dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa Kamil Achai, 24, yang tidak bekerja, maut selepas tercampak daripada motosikal itu manakala pemboncengnya yang hanya dikenali sebagai Fandi cedera parah.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian si mati yang memasuki laluan bertentangan menyebabkannya bertembung dengan kereta jenis Proton Waja yang dalam perjalanan ke Benta dari Lipis.

“Pertembungan itu juga mengakibatkan kereta itu terbabas ke bahu jalan manakala pembonceng motosikal tercampak ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar berkata pemandu kereta V. Balamurugan, 36, dan rakannya, M. Tanalatchumi, 37, yang semasa itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar rakan mereka di Lipis, cedera ringan.

Beliau berkata mayat mangsa dan semua yang cedera dihantar ke Hospital Lipis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top