Media Banjiri Wisma Bapa, Tunggu Pengumuman

in Terkini

KUCHING – Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak dibanjiri pengamal media untuk menunggu pengumuman rasmi berita kematian Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Sidang media dijangka dilakukan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani pada 3.30 petang ini.

Turut kelihatan berada di sini pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. – BERNAMA

Loading...