Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan 19 Mac

Perintah Berkurung Perairan ESSZone Sehingga 6 Mei

in Jenayah/Terkini

SANDAKAN – Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) kali ke-63 yang berakhir hari ini, dilanjutkan esok sehingga 6 Mei ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pelanjutan itu diteruskan untuk kali ke-64 memandangkan tindakan itu dilihat begitu berkesan dalam mengekang isu keganasan dan penculikan di pantai timur negeri ini.

Katanya sepanjang tahun ini tidak berlaku sebarang insiden keganasan mahupun penculikan.

“Usaha ini akan kami teruskan sehingga kami merasakan tindakan ini atau keselamatan dan keamanan terjamin,” katanya.

Kawasan perairan terlibat dalam perintah berkurung itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung berkuat kuasa 6 petang hingga 6 pagi di kawasan perairan bermula dari tiga batu nautika dari pesisir pantai.

Mengenai rungutan nelayan perintah berkurung mengganggu akitiviti mereka menangkap ikan, Ramli berkata beliau akan melihat kembali dan memberi arahan lanjut bahawa perintah berkurung ini bermula dari perairan tiga batu nautika dari pesisir pantai.

Menurutnya pasukan penguat kuasa tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap nelayan yang menangkap ikan dalam kawasan perairan tiga batu nautika dari pesisir pantai.

“Ini akan kami kuat kuasakan,” kata Ramli. – BERNAMA

Loading...