Bukan Berita Online Biasa

Gambar Hiasan

Polis Labuan Tubuh Unit Rondaan Bermotosikal Pantau Jenayah

in Terkini

LABUAN – Polis Labuan menubuhkan Unit Peronda Bermotosikal (URB) untuk memantau jenayah terutama di kawasan perumahan.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata unit itu akan menjadi pelengkap kepada program kepolisan masyarakat sedia ada.

“Kami berharap ia akan memenui harapan rakyat dalam pembenterasan jenayah,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan URB hari ini.

Beliau berkata jumlah kes pecah masuk rumah di sini meningkat sedikit sejak Januari lalu dan memerlukan tindakan pantas pihak polis. – BERNAMA


Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top