Bukan Berita Online Biasa

Kes Pukul

Polis Siasat Orang Awam Dipukul 2 Penguat Kuasa

in Jenayah/Terkini

IPOH – Polis sedang menyiasat kes pergaduhan melibatkan pegawai Imigresen dan anggota polis dengan orang awam yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dakwaan bahawa pihak polis tidak mengambil tindakan berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Pengadu (setiausaha sebuah persatuan taman perumahan) hanya datang memberi percakapan pada petang semalam setelah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Setakat ini, polis telah merakam enam percakapan termasuk beberapa saksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sum berkata mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada 11 Sept lepas menyatakan bahawa dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai Imigresen Ipoh dan seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Beliau berkata pengadu mengatakan bahawa pegawai Imigresen yang juga anggota Persatuan Silat Wariss Gayung telah memukulnya setelah dia menegur lelaki itu dengan mengatakan rasa tidak puas hati penduduk taman tersebut mengenai gelanggang Silat Wariss Gayung yang terabai dan usang serta penuh dengan sampah sarap.

“Atas teguran itu, suspek telah bertindak memanggil beberapa rakannya ke rumah pengadu dan telah mengugut akan bakar rumahnya dan tembak pengadu.

‚ÄúSemasa pengadu hendak keluar dari rumahnya untuk berbincang masalah berkenaan, tiba-tiba suspek telah menumbuk serta menendang seluruh badan pengadu sehingga lebam pada badan dan kakinya,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top