Bukan Berita Online Biasa

Polis Tumpas Dua Geng Pecah Rumah Di Bintulu

in Jenayah/Terkini

MIRI – Polis Bintulu menyelesaikan 10 kes pecah rumah dengan penahanan lapan suspek dalam Operasi Pintu yang dijalankan minggu lepas.

Ketua Polis Bintulu ACP Zailanni Amit berkata kesemua suspek yang ditangkap ialah lelaki rakyat tempatan berusia 19 tahun dan 45 tahun dengan kumpulan disertai mereka dikenali dengan nama Ah Sui dan Nil.

“Kumpulan Ah Sui bergerak berkumpulan dengan dua atau tiga orang menggunakan kenderaan dengan tumpuan aktiviti di kawasan perumahan Jalan Sibiew Bintulu dan Belaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainanni berkata ahli kumpulan tersebut akan mengumpil pintu belakang rumah tiada penghuni dan mencuri pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, barangan kemas,tong gas, generator dan komponen kenderaan.

“Kesemua barangan barangan disembunyikan di rumah salah seorang ahli kumpulan sementara menunggu pembeli dan barangan dijual murah dari harga pasaran,”katanya.

Bagi kumpulan Nil, beliau berkata suspek akan bergerak bersendirian menggunakan motosikal memasuki kawasan perumahan Tanjung Kidurong yang tiada berpenghuni, tiada berjeriji dan sunyi.

“Suspek akan menjual barangan curi kepada warga asing yang bekerja di ladang selain daripada menjual di kedai-kedai kawasan pasar lama Bintulu,”katanya.

Beliau berkata kesemua suspek disiasat dibawah Seksyen 379, 411, 457 Kanun Keseksaan dan polis sedang mendaftar suspek untuk diletakkan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dalam tempoh Januari hingga 10 Sept 2017, indeks jenayah di Bintulu menunjukkan penurunan 9.35 peratus atau 44 kes.

“Kategori jenayah menunjukan trend penurunan ialah jenayah harta benda menurun 12.40 peratus (48 kes), jenayah pecah rumah 1.11 peratus (satu kes) ,curi kenderaan 38.10 peratus (40 kes) dan curi motosikal 32.14 peratus (36 kes),” katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top