Bukan Berita Online Biasa

RM65.27 Juta Dana Bantuan Pondok, Tahfiz Diagih

RM65.27 Juta Dana Bantuan Pondok, Tahfiz Diagih

in Terkini

PUTRAJAYA – Sebanyak RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) dan institusi tahfiz melalui dana Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha berkata penyerahan dana daripada peruntukan RM80 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu melibatkan 556 institusi pendidikan agama seluruh negara.

Jumlah itu merangkumi 129 sekolah pondok, 99 SAR dan 328 institusi tahfiz, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, sejumlah 129 sekolah pondok, 99 SMAR dan 591 institusi tahfiz berdaftar layak mendapat manfaat daripada peruntukan RM80 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Othman berkata bayaran kepada baki 243 institusi tahfiz berjumlah RM14,488,240.00 sedang dalam proses penyaluran.

Penyaluran keseluruhan peruntukan itu dijangka dapat diselesaikan pada bulan depan, katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top