Bukan Berita Online Biasa

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Bermula Hari Ini

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Mula Hari Ini

in Terkini

JOHOR BAHRU – Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimulakan secara rasmi hari ini menerusi istiadat Letak Kerja di Tugu Peringatan, Istana Besar.

Istiadat itu disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di sini, kira-kira 9.20 pagi.

Istiadat bermula dengan perarakan membawa masuk bendera ke kawasan tugu oleh 10 anggota Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor dan disusuli dengan upacara mengikat bendera pada tali di tiang bendera.

Usai mengikat bendera, ketua pasukan melaporkan kepada Penghulu Istiadat Datuk Abdul Latif Yusof bahawa istiadat sudah bersedia.

Seterusnya, satu pengisytiharan istiadat oleh Datuk Penghulu Istiadat Datuk Latiff Yusuf diikuti bacaan doa oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsudin.

Dalam pengisytiharan itu Latiff memaklumkan bendera berkenaan akan berkibar sepanjang sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor 2017.

Ini diikuti upacara menaikkan bendera yang diiringi pancaragam dan pelepasan tujuh das tembakan meriam oleh TSN Johor.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd serta ketua-ketua jabatan dan wakil agensi-agensi kerajaan. – BERNAMA

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top