Bukan Berita Online Biasa

Seorang Lelaki Maut Langgar Penghadang Jalan

Seorang Lelaki Maut Langgar Penghadang Jalan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 448.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, kenderaan mangsa, Chai Jack Meng, 24, dipercayai hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan sebelah kiri

“Kereta mangsa turut tercampak sejauh 50 meter ke semak selepas merempuh penghadang jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rawang dan keadaan cuaca ketika itu didapati hujan dan jalan basah.

Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top