Bukan Berita Online Biasa

Sepasang Kekasih Dalang Pecah Rumah Di JB Ditahan

Sepasang Kekasih Dalang Pecah Rumah Di JB Ditahan

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai menjadi dalang kepada 16 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata suspek lelaki berumur 24 tahun dan teman wanitanya 23 tahun ditahan dalam satu serbuan pada 3 pagi di sebuah rumah pangsa yang disewa kedua-dua suspek.

“Kedua-dua suspek ini dipercayai aktif lebih kurang setahun lalu. Antara lokasi sasaran mereka adalah di sekitar Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru dan melakukan aktiviti jenayah pada waktu siang iaitu ketika tuan rumah berkenaan keluar bekerja.

“Hasil serbuan, kami menemui lima telefon bimbit, empat resit pajak gadai, sepucuk pistol mainan dan beberapa barangan hasil pecah rumah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Menurut Sulaiman, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan masing-masing mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan curi, dadah dan pecah rumah.

Katanya, pasangan kekasih itu direman hingga 22 April ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top