Bukan Berita Online Biasa

Piala Suhandinata: Skuad Remaja Pamer Aksi Cemerlang

in Terkini

KUALA LUMPUR – Skuad badminton remaja negara bermula dengan cemerlang selepas mengalahkan Mexico 5-0 dalam Kumpulan E1 perlawanan pembukaan acara berpasukan campuran, Kejohanan Badminton Remaja Dunia atau dikenali sebagai Piala Suhandinata di Bilbao Arena, Sepanyol pada Selasa.

Chen Tang Jie/Toh Ee Wei hanya mengambil masa 18 minit untuk mengetepikan Nicole Marquez/Luis Armando Montoya Navarro;21-13 dan 21-5 dalam perlawanan beregu campuran, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.org.

Leong Jun Hao menyumbang mata kedua untuk Malaysia selepas memenangi perlawanan dengan straight set; 21-9 dan 21-9 mengatasi Jesus Arturo Barajas Lopez 21-9, 21-9 dalam acara perseorangan lelaki sebelum juara remaja dunia, Goh Jin Wei menewaskan Adelina Quinones; 21-2 dan 21-6 dalam acara perseorangan wanita.

Hoo Pang Ron/Ameer Amri Zainuddin menambah mata keempat apabila mengalahkan Jesus Arturo Barajas Lopez/Luis Armando Montoya Navarro;21-7 dan 21-10 dalam perlawanan beregu lelaki sebelum M. Thinaah/Tan Sueh Jeou melengkapkan kemenangan dengan mengetepikan Nicole Marquez/Adelina Quinones; 21-10 dan 21-5 dalam acara beregu wanita.

Lewat hari ini, Malaysia akan berdepan Zambia dalam perlawanan pusingan akhir terawal.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dalam setiap 16 kumpulan akan mara ke pusingan kedua. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top