Bukan Berita Online Biasa

SMA Bakal Ditubuh Tidak Lama Lagi – Abang Johari

in Terkini

KUCHING – Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk mengawal selia pembangunan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penggunaan ekonomi digital, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata di bawah SMA yang dicadangkan itu, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak akan ditubuhkan untuk menyelaras semua inisiatif ekonomi digital termasuk infrastruktur, e-kerajaan, e-dagang, pembangunan bakat dan keselamatan siber.

Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk membangunkan infrastruktur ICT bagi kelajuan sambungan, mempromosikan Sarawak sebagai sebagai hos pusat-pusat data, menggalakkan e-pembelajaran di kalangan belia dan menubuhkan Perkampungan Digital dan melancarkan Pelan Transformasi E-Dagang menjelang 2030

Menurut beliau, oleh kerana jalur lebar berkelajuan tinggi dan kesalinghubungan tinggi ialah asas bagi ekonomi digital, kerajaan Sarawak berhasrat untuk mewujudkan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi bagi meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat.

Abang Johari berkata demikian pada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Swinburne Sarawak dan Australian Computer Society di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan bagi membangunkan ekonomi negeri ke era digital, usaha perlu dilakukan untuk menarik anak muda meminati ICT atau memilih kerjaya berkaitan.

Oleh kerana kerajaan tidak dapat melakukannya sendiri, kami menyeru pelbagai pertubuhantion un tuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui tawaran peluang latihan atau pemberian biasiswa untuk mewujudkan minat dan penyertaan anak muda dalam ICT, kata beliau.

Abang Johari juga meminta ibu bapa merestui keputusan anak mereka jika memilih pengkomputeran sebagai kerjaya yang menjadi pilihan mereka.

Katanya, beliau menaruh harapan bagi sektor perniagaan dan industri memainkan peranan penting dalam mengekalkan pakar-pakar komputer di negeri ini an menambah perbadanan juga perlu melakukan penjenamaan semula disebabkan pertumbuhan dan perkembangan pesat ICT dalam industri hari ini.

“Untuk bersaing secara efektif pada abad ke-21, organisasi tidak lagi boleh bergantung kepada cara tradisional tetapi teknologi harus menjadi sebahagian daripada inventori dan mendapatkan khidmat pakar dalam bidang itu,” kata beliau.

Berdasarkan kaji selidik Bekalan-Permintaan oleh MSC Talent 2013-2017, akan berlaku kekurangan 5,000 hingga 7,000 graduan ICT dari 2014 hingga 2017 sementara kaji Selidik Kekurangan Bakat Kumpulan tenaga Kerja 2015 mendapati bahawa kakitangan IT berada di kedudukan kelima daripada segi pekerjaan paling sukar diisi bagi rantau Asia Pasifik, kata beliau. ​- BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top