Bukan Berita Online Biasa

Steinhaus Pengadil Wanita Pertama Bundesliga

Steinhaus Pengadil Wanita Pertama Bundesliga

in Sukan/Terkini

BIBIANA Steinhaus bakal menjadi pengadil wanita pertama di pentas Bundesliga bermula musim depan.

Wanita berusia 38 tahun itu yang pernah mengadili aksi final perlawanan Piala Dunia Wanita pada 2011 berkhidmat dalam liga divisyen dua Jerman sejak 2007.

Dia juga dipertanggungjawabkan untuk mengadili aksi final Liga Juara-Juara Wanita di Cardif bulan depan.

Steinhaus yang juga seorang pegawai polis merupakan salah seorang daripada empat pengadil baharu yang dimasukkan dalam senarai Bundesliga.

Tiga pengadil yang lain adalah Martin Petersen, Sven Jablonski dan Soren Storks.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi pengadil Bundesliga. Akhirnya mimpi saya menjadi kenyataan, saya amat gembira.

“Sudah tentu saya sedar bahawa saya akan menjadi pengadil wanita pertama dalam aksi Bundesliga. Saya bersedia untuk menjadi perhatian orang ramai dan media,” katanya. – mStar Online

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top