Bukan Berita Online Biasa

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menepung tawar pasangan pengantin Nur Aziati Datuk Seri Ahmad Razif dan Muhammad Jamal Jakiran sewaktu berangkat menghadiri majlis persandingan di Taman Tamadun Islam malam ini. - Foto BERNAMA

Sultan Mizan Hadir Majlis Perkahwinan Anak MB Terengganu

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan menteri besar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini malam ini.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut menepung tawar pasangan pengantin Nur Aziati Ahmad Razif dan Jamal Rafaie Jakiran, yang memakai busana berwarna kelabu.


Nur Aziati, 24, dan Jamal Rafaie, 27, dinikahkan pada 25 Dis tahun lepas.

Jamal Rafaie merupakan anak kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kira-kira 1,000 orang termasuk menteri kabinet, menteri besar, anggota exco kerajaan negeri dan dif kehormat lain menghadiri majlis resepsi tersebut. – BERNAMA

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top