Bukan Berita Online Biasa

Telur Mentah Dengan Ulat Sagu Sebelum Dapat Pengantin

Telur Mentah Dengan Ulat Sagu Sebelum Dapat Pengantin

in Terkini
Spread the love

SEKUMPULAN┬ápengapit lelaki terpaksa mengharungi ‘halangan’ yang boleh meloyakan tekak sebelum dibenarkan membawa keluar pengantin perempuan keluar dari rumah ibu bapanya.

Halangan atau cabaran ini sering terjadi dalam majlis perkahwinan tidak mengira bangsa namun ianya berbeza mengikut tradisi dan adat kaum masing-masing.

Dalam satu perkahwinan masyarakat Cina, acara sebelum mendapatkan pengantin perempuan adalah sesuatu yang ditungu-tunggu kerana pengapit lelaki atau ‘heng dai’ perlu melalui beberapa cabaran yang disediakan oleh pengapit perempuan atau ‘ji mui’.

Terbaru, perkongsian Quella Kong di laman Facebook menjadi tular apabila memuat naik video dan gambar pengapit lelaki dipaksa minum telur mentah dengan ulat sagu (mulong) dalam satu teguk di Sibu, Sarawak.

Dalam video tersebut, seorang lelaki yang dipercayai pengapit lelaki mengambil gelas tersebut dengan mulut dan meminumnya sekaligus mendapat sorakan orang ramai.

Perkongsian itu nyata membuatkan netizen terkejut dan loya kerana ulat sagu tersebut masih lagi hidup dan bergerak apabila diletakkan dalam gelas yang dipenuhi dengan telur mentah.

Ada yang menganggap banyak lagi cabaran yang boleh digunakan selain daripada memakan telur mentah dan ulat sagu kerana ia menjijikkan.

Telur Mentah Dengan Ulat Sagu Sebelum Dapat Pengantin

Netizen menganggap cabaran tersebut walaupun menyeronokkan namun ianya seperti melampaui batas kerana boleh membuatkan orang lain berasa jijik dan meloyakan.

Dikatakan ulat Sagu ini adalah makanan istimewa di kalangan penduduk asli di Sarawak dan penuh dengan khasiat.

Bagaimanapun, untuk makan ulat sagu ini memerlukan keberanian yang tinggi kerana mungkin akan loya jika tidak pernah mencubanya terutama sekali apabila ulat tersebut dimakan secara hidup-hidup. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Spread the love

Terkini dari Terkini

Go to Top