Bukan Berita Online Biasa

Terengganu Adakan Solat Hajat & Tabung Khas Rohingya

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Semua masjid di seluruh Terengganu akan mengadakan solat hajat pada Jumaat ini untuk mendoakan umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa penindasan di Myanmar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata solat hajat itu bertujuan memohon keselamatan saudara seIslam Rohingya agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Rohingya sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka di sana dan kita mengalu-alukan semua pihak untuk memberi sumbangan mengikut kemampuan mereka.

“Tabung khas ini akan menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, malah kita juga bersedia menghantar sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ke sana untuk menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat telah dilantik untuk menguruskan pelancaran tabung dan sukarelawan TTB yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top