Bukan Berita Online Biasa

TM Pergiatkan Promosi Webe Di Negeri Sembilan

TM Pergiatkan Promosi Webe Di Negeri Sembilan

in Terkini

SEREMBAN – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini melancarkan perkhidmatan mudah alih digital, webe, di negeri ini.

Pengurus Besar TM Negeri Sembilan Ir. Ramlan Omar pelancaran ini selaras dengan misi TM untuk menghubungkan masyarakat dengan gaya hidup digital.

“Kami akan mempergiatkan promosi untuk memperkenalkan perkhidmatan webe ini kepada pelanggan bahru dan lama,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ramlan berkata webe, memberi ‘kebebasan’ kepada pelanggan melalui panggilan domestik, SMS dan data tanpa had tanpa sebarang kontrak.

“Proses pendaftaran untuk membeli pelan perkhidmatan ini adalah semudah melayari laman web dan pelanggan akan menerima SIM pada hari berikutnya,” katanya.

webe menawarkan dua pelan utama iaitu webeMobile dengan harga serendah RM79 untuk data, panggilan dan SMS tanpa had serta webeBroadband pada harga RM59 dengan tawaran data 20 Gigabit.

Beliau berkata pelanggan boleh melayari laman web tm di www.webe.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut seperti kawasan liputan webe. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top