Bukan Berita Online Biasa

TPM Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Sibu

in Terkini

SIBU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini lewat petang ini sempena lawatan kerja beliau ke Bahagian Sibu.

Ketibaan beliau bersama Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid di Lapangan Terbang Sibu pada 6.32 petang itu disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang Datuk Seri Wong Soon Koh.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan tiba dengan pesawat khas dari Kuching pada 6.50 petang.

Mereka selepas itu bertolak ke sebuah hotel di sini untuk jamuan makan malam yang mana selepas itu Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah Daif di negeri Sarawak.

Esok, Timbalan Perdana Menteri akan melawat empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby pada 8.45 pagi seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Durin, Sekolah Kebangsaan Sungai Salim dan Sekolah Kebangsaan Kampung Banyok.

Ahmad Zahid akan mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Sibu pada 1 tengah hari sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top