Bukan Berita Online Biasa

Kaki Masuk Jamban

Wanita Tahan Sakit Sejam Kaki Masuk Jamban

in Terkini

GOMBAK – Seorang wanita menahan azab lebih sejam apabila kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas di kediamannya.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa berusia 37 tahun itu dikatakan terjatuh ketika berada di dalam tandas di rumahnya yang terletak di Jalan Bunga Raya 2, Kampung Batu Caves, di sini.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memecahkan mangkuk tandas jenis duduk itu menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.58 pagi.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan dua jentera bergegas ke lokasi.

“Kaki kanan wanita itu tersangkut pada lubang tandas dan mangsa berada dalam keadaan terduduk. Operasi mengeluarkan kaki mangsa dijalankan penuh berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata, kaki kanan wanita itu mengalami kecederaan ringan dan mangsa diserahkan kepada petugas perubatan Hospital Selayang untuk rawatan susulan. – myMetro Online

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top