Bukan Berita Online Biasa

Kemalangan

Warga Emas, Remaja Maut Dalam Kemalangan

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas yang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan buah pinggang di bandar Kemaman, maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Km28.8 Jalan Mak Lagam, Cheneh, Kemaman, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Idris Ibrahim, 61, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman,Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Km54, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Lerek, Setiu, malam tadi.

Muhammad Farish Haikhal Mohammad Apandi@Affendi,15, yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 10.20 malam itu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris berkata mayat remaja itu dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top